Syarat - syarat Kelayakan PRA

Permohonan PRA adalah tertakluk kepada syarat-syarat kelayakan seperti berikut:

Bakal PRA mestilah perempuan yang berumur tidak kurang daripada 21 tahun dan tidak melebihi 45 tahun semasa permohonan.

Bakal PRA mesti diambil daripada sembilan negara sumber yang dibenarkan seperti berikut:

1) Indonesia

2) Filipina

3) Sri Lanka

4) Thailand

5) India

6) Lao

7) Nepal

8) Vietnam

9) Kemboja

Bakal PRA hendaklah bebas daripada senarai syak dan senarai hitam Jabatan.

Bakal PRA tidak memiliki Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) yang aktif dengan majikan lain.

Pemegang eNTRI tidak dibenarkan untuk memohon SMO.

Syarat - syarat Kelayakan Majikan

Majikan mestilah terdiri daripada warganegara Malaysia atau penduduk tetap Malaysia sahaja.

Majikan mestilah terdiri daripada suami dan isteri yang mempunyai:

1) Anak berumur di bawah usia 15 tahun (yang memerlukan jagaan dan perhatian).

2) Anak kelainan upaya (tiada had umur).

3) Majikan/ isteri majikan yang sakit/ uzur.

4) Ibu bapa yang uzur/ sakit atau

5) Ahli keluarga terdekat yang uzur/ sakit (adik beradik, datuk atau nenek sahaja).

Bagi tujuan menjaga ibu bapa atau ahli keluarga yang uzur/ sakit, surat pengesahan daripada pegawai pakar perubatan adalah diperlukan. Majikan yang mengambil PRA bagi tujuan menjaga ibu/ bapa/ keluarga terdekat hendaklah mengemukakan bukti pertalian secara jelas.

Permohonan PRA bagi tujuan menjaga ibu/ bapa/ keluarga terdekat adalah terhad kepada ibu/ bapa/ keluarga yang tidak mempunyai pendapatan tetap sahaja.

Kelayakan pendapatan bulanan majikan adalah berdasarkan kepada jumlah pendapatan suami dan isteri. Kelayakan pendapatan isi rumah majikan adalah antara RM 3,000 hingga RM 5,000 (mengikut negara sumber).

Majikan yang terdiri daripada suami dan isteri hanya boleh menggaji seorang PRA sahaja pada satu-satu masa.

Bagi permohonan PRA yang dikemukakan oleh pasangan suami/ isteri, keutamaan hendaklah diberi supaya nama suami digunakan sebagai majikan utama.

Ibu atau bapa tunggal yang memenuhi syarat dan mempunyai kelayakan pendapatan dibenarkan untuk menggajikan PRA. Bagi majikan yang berstatus bujang dibenarkan untuk menggaji PRA khusus untuk menjaga ibu bapa sakit/ uzur sahaja.

Majikan berikut tidak layak dipertimbangkan untuk mendapat kemudahan PRA:

1) Diisytiharkan muflis oleh pihak berkuasa.

2) Disenarai hitam oleh Jabatan Tenaga Kerja; atau

3) Mempunyai kes-kes yang belum diselesaikan dengan Jabatan Imigresen Malaysia

Majikan beragama Islam hanya dibenarkan menggaji PRA yang beragama Islam sahaja dan

Majikan hendaklah melengkapkan kontrak kerja antara majikan dengan PRA. Sekiranya permohonan dikemukakan oleh pasangan suami/ isteri, kontrak kerja hendaklah dilengkapkan oleh majikan utama.

Berikut merupakan kelayakan gaji majikan untuk mengambil PRA mengikut negara sumber:-


Bil Negara Sumber Jumlah Pendapatan Majikan
1 Indonesia RM 3,000.00
2 Filipina RM 5,000.00
3 Sri Lanka RM 5,000.00
4 Thailand RM 3,000.00
5 Kemboja RM 3,000.00
6 India RM 5,000.00
7 Laos RM 3,000.00
8 Vietnam RM 3,000.00
9 Nepal RM 5,000.00